• 検索結果がありません。

DSK Pendidikan Muzik Thn 4

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

シェア "DSK Pendidikan Muzik Thn 4"

Copied!
38
0
0

読み込み中.... (全文を見る)

全文

(1)

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN MUZIK

TAHUN EMPAT

2013

DRAF

(2)
(3)

TAHUN EMPAT

DOKUMEN STANDARD

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

PENDIDIKAN MUZIK

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

(4)

Cetakan Pertama

© Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya

(5)

iii K A N D U N G A N

RUKUNEGARA v

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vi

PENDAHULUAN vii

MATLAMAT vii

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH viii

FOKUS MATA PELAJARAN viii

ORGANISASI KANDUNGAN ix

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

Objektif Pendidikan Muzik Tahun Empat 3 Modul 1 : Pengalaman Muzikal 4

Modul 2 : Penghasilan Muzik 9

Modul 3 : Apresiasi Muzik 10

Modul 4 : Membaca Dan Menulis Notasi Muzik 11

Glosari 17

(6)
(7)

v

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

(8)

vi

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(9)

vii

PENDAHULUAN

Kurikulum Pendidikan Muzik merupakan program pembelajaran untuk tiga tahun persekolahan iaitu dari Tahun Empat hingga Tahun Enam di sekolah rendah (Tahap Dua). Kurikulum ini juga merupakan kesinambungan program pembelajaran Dunia Muzik (Tahun Satu hingga Tahun Tiga) dengan memberi tumpuan kepada perkembangan kognitif dan kemahiran murid dalam bidang muzik. Murid diberi pelbagai peluang untuk meluahkan idea kreatif di samping meningkatkan apresiasi terhadap estetika muzik. Pada tahap ini juga, murid berpeluang untuk mempelajari pembacaan dan penulisan notasi muzik secara konvensional seterusnya mempraktikkan kemahiran tersebut menerusi permainan alat muzik. Bagi mencapai tujuan yang dihasratkan, kurikulum ini dibina dengan memberi tumpuan kepada empat modul kurikulum iaitu Pengalaman Muzikal, Penghasilan Muzik, Apresiasi Muzik serta Membaca dan Menulis Notasi Muzik.

MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah bermatlamat untuk melahirkan insan kreatif yang berpengetahuan serta dapat menghayati dan menikmati muzik secara intelektual menerusi aktiviti muzikal.

(10)

viii

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH

RENDAH

Kurikulum Muzik sekolah rendah bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;

i. mengaplikasi kemahiran muzik menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik,

ii. mengaplikasi pengetahuan membaca notasi muzik dalam aktiviti muzikal,

iii. menghasilkan idea muzikal kreatif menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan bermain alat muzik,

iv. membaca dan menulis notasi muzik,

v. menghargai pelbagai jenis muzik dengan menyatakan secara lisan dari aspek muzikal karya muzik yang didengar; dan

vi. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

FOKUS MATA PELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah dibina berasaskan EMPAT modul kurikulum dengan peratus pengagihan kandungan seperti berikut;

Modul Pengalaman Muzikal (60%)

Murid memperoleh pengalaman muzikal menerusi aktiviti nyanyian, gerakan dan permainan alat muzik. Murid berpeluang untuk memainkan rekorder sebagai alat muzik berpic.

Modul Penghasilan Muzik (20%)

Murid menzahirkan idea kreatif melalui aktiviti muzikal yang dialami semasa pengajaran dan pembelajaran.

(11)

ix Modul Apresiasi Muzik (10%)

Murid menghayati dan menghargai pelbagai jenis muzik menerusi pendedahan muzik daripada pelbagai budaya.

Modul Membaca dan Menulis Notasi Muzik (10%)

Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas membaca dan menulis notasi muzik dalam permainan alat muzik.

ORGANISASI KANDUNGAN

Dokumen ini disusun berasaskan tiga modul kurikulum berikut:

i. Pengalaman Muzikal ii. Penghasilan Muzik iii. Apresiasi Muzik

iv. Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Susunan modul kurikulum ini tidak mengikut hierarki tetap. Susunan ini bertujuan memudahkan kandungan kurikulum diorganisasikan. Setiap modul kurikulum dinyatakan dalam dua lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi ilmu pengetahuan yang perlu dipelajari oleh murid. Lajur Standard Pembelajaran menunjukkan kemahiran yang perlu dikuasai murid bagi satu tahun persekolahan.

(12)

x

PENTAKSIRAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai keberkesanannya melalui aktiviti pentaksiran. Pencapaian pelajar ditaksir untuk mengetahui kadar penerimaan dan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran muzik yang diajar. Perkara ini memerlukan aktiviti pentaksiran yang dilakukan semasa atau di penghujung aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Petunjuk pencapaian pelajar haruslah dengan eviden yang dapat menyatakan tahap pencapaian pelajar dengan jelas dan memberi guru landasan yang kukuh untuk melanjutkan aktiviti pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi.

Contoh pentaksiran yang boleh dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran ialah, pentaksiran untuk menilai keupayaan murid memahami konsep tempo cepat dan lambat atau pic tinggi dan rendah. Guru boleh mentaksir menerusi pemerhatian semasa murid membuat aktiviti pergerakan mengikut muzik. Dalam situasi yang memerlukan murid mengingat kembali perkara yang telah mereka pelajari

sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran dalam konteks ini boleh dijalankan dihujung pengajaran. Oleh yang demikian guru hendaklah merancang aktiviti penilaian dengan teliti bagi memastikan pentaksiran yang relevan dan menepati tujuan.

(13)

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK

TAHUN EMPAT

(14)
(15)

3

OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

Kurikulum Pendidikan Muzik Tahun Empat bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut;

i. menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic, sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo.

ii. memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo,

iii. melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar,

iv. memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan skor,

v. meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi,

vi. mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar,

vii. menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter; dan

viii. mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

(16)

4

KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK TAHUN EMPAT

MODUL 1 : PENGALAMAN MUZIKAL

Murid menyanyi lagu dengan ton suara dan ekspresi yang sesuai serta pic sebutan dan artikulasi yang betul mengikut tempo. Murid memainkan perkusi dengan ekspresi yang sesuai berdasarkan keratan skor mengikut tempo.

Murid melakukan pergerakan berdasarkan muzik yang didengar.

Murid memainkan rekorder dengan teknik yang betul berdasarkan keratan skor mengikut tempo.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.

1.1.1 Menyanyi dengan pic yang betul - kawalan not pendek

1.1.2 Menyanyi lagu pusingan.

1.1.3 Menyanyi solfa do, re , mi , fa , so.

- menyanyi solfa dalam pelbagai corak irama

(17)

5

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1.4 Mengaplikasi legato dan staccato dalam nyanyian.

1.1.5 Menyanyi dengan dinamik. - lembut (

p

)

- kuat (

f

)

- sederhana kuat (

mf

)

1.1.6 Menyanyi dengan sebutan yang betul.

(18)

6

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.2 Memainkan perkusi secara solo atau berkumpulan daripada pelbagai repertoir.

1.2.1 Memainkan corak irama berdasarkan skor.

-

1.2.2 Memainkan perkusi dalam pelbagai tempo.

1.2.3 Memainkan perkusi dengan dinamik berdasarkan skor. - lembut (

p

)

- sederhana lembut (

mp

) - kuat (

f

)

- sederhana kuat (

mf

)

(19)

7

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.3 Membuat pergerakan mengikut muzik. 1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan muzik yang didengar. - ekspresi

- melodi

Cadangan aktiviti:

- bergerak berdasarkan situasi, tema atau puisi

1.4 Memainkan rekorder secara ensembel. 1.4.1 Memainkan not G , A , B , D’ dan C’ dengan ton yang baik.

G A B C D - memainkan not

- penjarian not G , A , B , C’ dan D’ - pernafasan

- perlidahan ( dengan sebutan tu) - embouchure

- postur

, , ,

(20)

8

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.4.2 Memainkan rekorder berdasarkan skor. - memainkan frasa lagu

- memainkan melodi kaunter - memainkan melodi

1.4.3 Memainkan rekorder mengikut tempo. - cepat

- lambat

1.4.4 Mengaplikasikan dinamik dalam permainan rekoder - lembut (

p

)

- kuat (

f

)

(21)

9 MODUL 2 : PENGHASILAN MUZIK

Murid meneroka dan menghasilkan idea muzikal menggunakan vokal dan perkusi.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif. 2.1.1 Menghasilkan kesan bunyi menggunakan perkusi.

2.1.2 Mencipta corak irama mudah. -

2.1.3 Mencipta dan menyanyikan melodi mudah. - mengajuk melodi

- mengimprovisasi ‘jawapan’ kepada ‘soalan’ melodi yang diberikan

(22)

10

MODUL 3 : APRESIASI MUZIK

Murid mengenal pasti pelbagai muzik yang didengar.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai repertoir.

3.1.1 Mengenal pasti muzik yang didengar. - Alat Muzik

- Cara Persembahan - Muzik Popular

- Muzik Tradisional Malaysia - Muzik Klasik Barat

- Muzik Asia

3.2 Menghayati nilai murni menerusi aktiviti muzikal

3.2.1 Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti muzikal.

Contoh nilai murni: - bekerjasama - bertanggungjawab

(23)

11 MODUL 4 : MEMBACA DAN MENULIS NOTASI MUZIK

Murid menama dan menulis simbol muzik, not, tanda rehat dan meter.

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Membaca dan menulis not. 4.1.1 Menulis simbol. - baluk

- garis bar

- klef trebel

- garis penamat (double bar line)

(24)

12

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.2 Menama dan menulis not G, A, B, C’, D’ pada baluk.

- Semibrif - Minim - Krocet - Kuaver

(25)

13

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.3 Menulis nilai not dan tanda rehat.

Jenis Not Nilai Not Tanda Rehat

semibrif 4

minim 2

krocet 1 atau

kuaver ½

(26)

14

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1.4 Menulis meter.

- menulis maksud angka atas dan angka bawah bagi meter

Contoh:

bermaksud : 2 detik krocet dalam 1 bar

bilangan not dalam 1 bar jenis not

(27)

15

GLOSARI

(28)
(29)

17 GLOSARI KURIKULUM PENDIDIKAN MUZIK SEKOLAH RENDAH TAHUN EMPAT

PERKATAAN PENERANGAN

Accelerando Beransur laju/cepat.

Alat Bertali (String Instrument ) Alat muzik yang menggunakan tali untuk menghasilkan bunyi. Contoh : gitar dan violin

Alat Tiupan (Blowing Instrument) Alat muzik yang ditiup untuk untuk menghasilkan bunyi. Contoh: clarinet, flute dan trumpet

Crescendo Beransur kuat.

DC (Da Capo) Ulang dari mula.

Decrescendo Beransur lembut.

(30)

18

PERKATAAN PENERANGAN

Dinamik (Dynamic) Perubahan bunyi sama ada kuat atau lembut dalam persembahan muzik. Antara istilah yang digunakan ialah :

Istilah Simbol Makna

Piano

p

Bunyi lembut

Forte

f

Bunyi kuat

MezzoPiano

mp

Bunyi sederhana lembut

Mezzo Forte

mf

Bunyi sederhana kuat

Dron Not yang sama dimainkan secara berulang-ulang bagi mengiringi melodi.

DS Ulang dari tanda

Embouchure Teknik bibir atau mulut ketika memainkan alat tiupan.

Fermata Berhenti seketika dengan mengekalkan pic dalam nilai yang lebih daripada nilai sebenar.

(31)

19

PERKATAAN PENERANGAN

Fine Tamat.

Irama Pergerakan bunyi muzikal yang terhasil daripada gabungan bunyi panjang dan pendek.

Contoh irama:

Lagu Aksi (Action song) Lagu yang dipersembahkan dengan pergerakan.

Lagu Berkembar (Partner Song) Lagu yang mempunyai pergerakan kord yang sama tetapi mempunyai melodi yang berlainan dan dinyanyikan serentak.

Contoh lagu:

- “ Six Little Ducks” dengan “It”s A Small World”

- “Bila Abang Pulang” dengan “Abang Balik Kampung”

(32)

20

PERKATAAN PENERANGAN

Lagu Pusingan (Round Song) Lagu yang dinyanyikan secara lapisan. Lagu bermula dengan satu lapisan melodi diikuti oleh lapisan melodi yang sama dinyanyikan pada tempat permulaan yang berlainan dalam lagu tersebut.

Legato Lancar.

Melodi (Melody) Melodi ialah susunan pic secara melintang dan berkontur. Contoh Melodi:

Melodi Bertangga Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berdekatan.

Melodi Kaunter Melodi yang mengiringi melodi utama dalam sesebuah lagu.

Melodi Melompat Melodi menaik atau menurun yang jeda antara not-notnya berjauhan.

(33)

21

PERKATAAN PENERANGAN

Mud (Mood) Ekspresi yang menunjukkan perasaan. Contoh: mud riang atau mud sedih.

Muzik Asia ( Asian Music) Muzik yang berasal dari negara Asia seperti contoh di bawah: a. Ghazal dari Malaysia

b. Gamelan Bali dari Indonesia.

Muzik Instrumental (Instrumental Music)

Muzik yang dihasilkan untuk satu atau lebih alat muzik tanpa vokal. Muzik instrumental boleh dipersembahkan secara solo, duet, ensembel muzik, muzik kamar atau orkestra.

Muzik Klasik Barat

(Western Classical Music)

Muzik yang berasal dari negara Barat. Contoh: Symphony No. 5 oleh Beethoven.

Muzik Popular (Popular Music) Muzik semasa yang dikenali ramai.

Muzik Tradisional Malaysia ( Malaysian Traditional Music)

Muzik yang beridentitikan masyarakat Melayu di Malaysia. Contoh: kompang, rebana ubi, wayang kulit, dan dikir barat.

(34)

22

PERKATAAN PENERANGAN

Muzik Vokal (Vocal Music) Muzik yang mengandungi nyanyian.

Ostinato Irama Corak irama pendek yang dimainkan berulangkali. Lazimnya ostinato irama mengiringi melodi.

Ostinato Melodi Melodi pendek yang dimainkan berulangkali . Lazimnya untuk mengiringi melodi utama.

Perlidahan (Tonguing) Teknik tiupan menggunakan lidah untuk mengawal penghasilan ton bagi alat-alat tiupan.

Permainan Nyanyian (Singing Games)

Permainan yang dimainkan dengan iringan lagu yang dinyanyikan oleh pemain.

Perkusi (Percussion) Alat muzik yang dipalu, ketuk atau goncang untuk menghasilkan bunyi. Contoh: kompang, kerincing, kastenet dan tamborin

Pic (Pitch) Bunyi tinggi, rendah dan sederhana.

(35)

23

PERKATAAN PENERANGAN

Postur (Posture) Kedudukan atau posisi tubuh badan yang betul semasa menyanyi atau bermain alat muzik.

Repertoir (Repertoire) Koleksi lagu.

Ritardando Beransur lambat.

Slur Memainkan dua not yang dikait dengan lancar.

Solfa Sistem yang digunakan dalam nyanyian untuk mengenal pasti pic tertentu.

Staccato Tersekat-sekat.

Teknik konvensional Teknik yang standard untuk bermain sesuatu alat muzik.

(36)

24

PERKATAAN PENERANGAN

Tekstur (Texture) Lapisan suara atau bunyi alat muzik dalam sesuatu karya muzik. Contoh : tekstur tebal atau nipis.

Tie Sambungan dua atau lebih not yang sama pic.

Tempo (Tempo) Kelajuan sesuatu karya muzik.

Contoh: Tempo cepat atau lambat.

Warna ton (Tone Colour) Kualiti sesuatu bunyi.

Contoh: Warna ton suara lelaki – garau / kasar / keras Warna ton suara perempuan – lembut / halus

(37)
(38)

Terbit an:

BAHAGIAN PEM BANGUNAN KURIKULUM KEM ENTERIAN PELAJARAN M ALAYSIA

Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pent adbiran Kerajaan Persekut uan

62604 PUTRAJAYA

Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 ht t p:/ / ww w .moe.gov.my/ bpk

参照

関連したドキュメント

The fact that the entwining maps which were presented in this Section preserve two invariants in separated variables, enable us to introduce appropriate potentials (as shown in [44,

The Goal of Hodge theaters: Roughly speaking, Hodge theater (at least, the ´ etale part) is a virtual “GMS” for an arbitrary elliptic curve over a number field which manages.. Θ

Indeed, general infinite-dimensional R-matrices are given by integral operators, but their reduction to a finite-dimensional invariant subspace in one of the tensor product

Theorem 2 If F is a compact oriented surface with boundary then the Yang- Mills measure of a skein corresponding to a blackboard framed colored link can be computed using formula

Conversely, however, not every entropic deformation gives rise to a Yang-Baxter operator: being entropic suffices in the infinitesimal case, but in general higher- order terms

All (4 × 4) rank one solutions of the Yang equation with rational vacuum curve with ordinary double point are gauge equivalent to the Cherednik solution.. The Cherednik and the

●健診日や健診内容の変更は、直 接ご予約された健診機関とご調 整ください。 (協会けんぽへの連

Saito, Kato homology of arithmetic schemes and higher class field theory, Documenta Math. Saito, Kato conjecture and motivic cohomology over finite